Monday, February 1, 2016

2 POSTS IN A ROW

HATI-HATI, HATI.

aku tak rasa gurauan yang tak ada melibatkan hati.
kau tau tak sebenarnya gurauan tu walaupun kecil dan dianggap biasa pun akan jadi bisa kalau hari- hari diungkit dibuat bahan untuk mulakan perbicaraan.

kau tak fikir ke bila kau gurau dan menyentuh mental atau fizikal seseorang tu dia akan jadi DOWN?
dont you ever think that? tak semua orang sama macam kau dan semua orang takkan sama macam kau.

kau boleh terima gurauan and kau boleh build up balik confident level kau. tapi kau tau tak ada orang yang takes time untuk build up dia punya self esteem?

manusia ni rambut sama hitam HATI lain lain. bila kau bergurau atau kau cakap lepas pada seseorang. kau tak rasa bersalah ke kalau kau tengok air muka orang tu?

iye. betul. kau tak gurau kasar. kau tak sentuh pasal fizikal. but then u just spread a negative vibe to them. kau tahu ke apa dia lalui hari-hari? atau kau ada tahu ke kisah silam seseorang tu sampai kau cakap ALAA GURAU SIKIT PUN TOUCHING?.

sebab tu aku kalau selagi boleh elak. aku elak untuk bekerja dengan adik beradik. terutama sekali kalau kita jadi orang bawahan dia. bukan kita feeling boss. tapi takut hilang hormat. TAK PROFESSIONAL LA KAU NI. bukan. bukan tak professional. takut terbawa-bawa samapi dalam hubungan adik beradik. syaitan ni ada je untuk menghasut tak kisah la dalam ofis ke atau kat mana-mana.

TRUST ME. kalau boss kita yang takda pertalian darah pun kita maki umpat caci even though dalam hati. ini pulak kalau bos tu ada pertalian darah. I ADMIT THAT I AM NOT PROFESSIONAL.

aku cuma nak orang support aku. bukan dok berleter nak jatuh kan semangat.

sebab tak semua eh. aku ulang. tak semua orang jiwa kental macam kau. INGAT TU.
*********************************************************************************
ALPA

manusia bila diberi kemewahan dia cepat lupa yang SATU. dia tetap ucap syukur. tapi syukur dia tak sama macam mana dia syukur time terdesak.

aku percaya setiap perbuatan itu ada pembalasan dia. baik dapat baik. jahat dapat jahat. aku rasa tu. aku sendiri sedar bila dalam keadaan resah sesah gundah gelana, aku sedih aku berdoa dalam solat betul-betul berdoa merayu pada ALLAH. tapi bila dah dapat. aku solat aku berdoa and aku bersyukur. tapi tak bersungguh-sungguh. aku leka aku lalai. aku tak setia dalam beribadat. Maka Allah datangkan lagi ujian. Betullah manusia ni perlu sentiasa ada peringatan. sebab manusia LALAI. muda TERGODA. NAFSU.

Hina rasa berdoa bila perlu je kan? bila senang kau chill-chill je. Kau tahu UJIAN tu pun satu nikmat.


Mungkin Allah tarik dulu rezeki sebab dulu mungkinlaa mungkin kau TERIAK tanpa sengaja. kau tak sedar dalam gembira tu ada yang bersedih dalam gembira itu ada yang tidak merasa. jadi Allah nak ingatkan je.

Allahuakhbar. apa- apa pun kalau jatuh baliklah. balik pada ALLAH. bila dah bangun BALIK juga sentiasa balik pada ALLAH.. agar tak sesat.


Semoga rezeki kita diredhai ALLAH swt =)








No comments:

Post a Comment